Untung Sebelum Cukai Suku Ke-2 Pos Malaysia Meningkat

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd menyaksikan keuntungan sebelum cukainya bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2011 meningkat kepada RM36.965 juta daripada RM34.678 juta bagi suku yang sama pada 2010.

Pendapatan juga lebih tinggi pada RM286.854 juta daripada RM229.122 juta sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Selasa.

Bagi tempoh setengah tahun itu, keuntungan sebelum cukainya meningkat kepada RM85.664 juta daripada RM44.096 juta bagi tempoh yang sama pada 2010, manakala pendapatan bertambah kepada RM591.363 juta daripada RM460.201 juta sebelumnya.

Ia berkata, kumpulan itu mencatatkan pertumbuhan keuntungan kendalian yang mengagumkan iaitu 107.3 peratus berjumlah RM86.3 million (2010: RM41.6 juta) bagi tempoh setengah tahun berkenaan, berikutan kenaikan tarif domestik bermula 1 Julai, 2010 serta faedah-faedah yang diraih daripada inisiatif transformasi.

Ini disokong oleh pendapatan sebanyak RM591.4 juta; satu lonjakan besar sebanyak 28.5 peratus daripada RM460.2 juta pada tahun sebelumnya, katanya.

Menurut Pos Malaysia, meskipun segmen Courier dan Runcitnya mencatatkan kenaikan keseluruhan, namun prestasi keuntungan segmen-segmen ini terjejas oleh kenaikan gaji kakitangan berkuatkuasa 1 Julai, 2010 apabila syarikat mengambil keputusan untuk menaikkan gaji kakitangannya di seluruh syarikat kerana gaji mereka lebih rendah daripada pasaran.

Kenaikan gaji itu dilaksanakan serta merta berikutan kenaikan tarif domestik, jelasnya.

Syarikat itu menjangka prestasi bagi tahun memberangsangkan dengan struktur tarif baharu bagi produk mel pos jelas dan inisiatif transformasi yang sedang dilaksanakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan