Nik Aziz Sokong Penubuhan Jawatankuasa Parlimen Perkukuh Pilihan Raya - Berita Semasa | mStar

Nik Aziz Sokong Penubuhan Jawatankuasa Parlimen Perkukuh Pilihan Raya

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi memperkukuhkan lagi sistem pilihan raya serta mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha Perdana Menteri menubuhkannya.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berharap penubuhan jawatankuasa itu merupakan peluang terbaik ke arah menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan juadah hari raya kepada anggota pasukan keselamatan sempena Aidilfitri di sini Selasa.

Penerima juadah itu terdiri Pasukan 8 Briged Infantri Malaysia Kem Pengkalan Chepa; Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tentara Laut Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan