Malaysia Kutuk Serangan Tentera Israel Ke Atas Gaza - Berita Semasa | mStar

Malaysia Kutuk Serangan Tentera Israel Ke Atas Gaza

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Selasa menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB agar mengambil tindakan tegas dan mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghentikan serangan tentera Israel ke atas Gaza.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia menggesa kedua-dua belah pihak agar membendung sebarang tindakan agresif dan provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

"Malaysia mengutuk keras tindakan Israel yang berterusan melakukan serangan ketenteraan dan serangan udara ke atas Gaza yang sehingga kini mengakibatkan 15 maut," katanya dalam kenyataan, di sini.

Malaysia juga mendesak Israel menghentikan segera serangan tenteranya terhadap penduduk Palestin, khususnya di Gaza.

"Malaysia juga mengecam pembunuhan lima pegawai keselamatan Mesir di Rafah, sempadan Mesir dan Israel ketika serangan tentera rejim itu," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan