Kerugian MAS Pertengahan Tahun RM527 Juta

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS), mencatat kerugian bersih RM527 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, dengan kos bahan api yang tinggi dikatakan sebagai penyumbang utama kepada kerugian itu.

Kerugian itu bagaimanapun lebih rendah berbanding kerugian bersih sebanyak RM535 juta pada suku yang sama pada 2010, kata syarikat itu menerusi satu kenyataan di sini, Selasa.

Syarikat penerbangan itu berkata kos bahan api terus memberi impak terbesar kepada operasi kumpulan berkenaan, meningkat 41 peratus berbanding RM1.102 bilion kepada RM1.55 bilion pada suku kedua 2011, mengimbangi hasil dan perolehan bagi tempat duduk mengikut kilometer (RASK).

Dalam makluman berasingannya kepada Bursa Malaysia di sini, Malaysia Airlines melaporkan kerugian sebelum cukai juga berkurangan kepada RM509.411 juta pada suku terbabit berbanding kerugian sebelum cukai RM532.591 juta pada suku yang sama pada 2010.

Perolehan pada suku kedua meningkat kepada RM3.485 bilion, lapan peratus melebihi RM3.213 bilion pada 2010, manakala perolehan penumpang mencatatkan pertumbuhan sembilan peratus kepada RM2.086 bilion, berbanding RM1.912 bilion sebelumnya, Anggota Lembaga Pengarah juga sudah mengenal pasti keutamaan dan memberi tumpuan terhadap langkah jangka pendek.

"Pertama, kami akan memberi tumpuan untuk menyediakan kepimpinan yang mantap bagi memacu MAS, dan proaktif mengisi jawatan pengarah urusan/ketua pegawai eksekutif dan pengurusan kanan utama yang lain," katanya.

Bekerja bersama-sama dengan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) yang baharu dua minggu lepas, syarikat penerbangan nasional itu berkata inisiatif pemulihan akan dilaksanakan untuk mengembalikan keuntungan dan mula mengumpul rizab tunai.

Inisiatif serta-merta termasuk pengurusan kapasiti yang lebih baik, pelaksanaan harga dinamik bagi meningkatkan pulangan dan perolehan dan mengkaji semula produk dan keduduan jenama.

Kajian semula peniagaan Firefly ialah memberi tumpuan terhadap operasi dari Subang dan menjajarkan perniagaan Firefly supaya menumpukan kepada perkhidmatan premium serantau, turut dalam senarai itu.

Dalam jangka panjang, EXCO akan mengkaji menjayakan pelan strategik untuk mengembalikan keuntungan.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan