KDN Timbang 3 Bentuk Tindakan Terhadap Zuraida

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang bentuk tindakan terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin kerana melemparkan tuduhan berat ke atas kerajaan berhubung Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan beliau wujud "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Minggu lepas, Zuraida mendakwa bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.

Zuraida mendakwa kononnya Program 6P adalah muslihat kerajaan untuk mengumpul pengundi bagi pilihan raya umum akan datang.

Mahmood berkata Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan