Jangan Salah Lagi Pilih Pemimpin - Awang Adek

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Rakyat Kelantan diingatkan agar tidak lagi salah memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang demi masa depan negeri itu yang kini jauh ketinggalan daripada segi pembangunan dengan negeri lain, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata masa depan negeri itu tidak boleh diperjudikan kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat yang hidup dalam keadaan daif tanpa pembelaan.

"Nak tahu bagaimana Kelantan ketinggalan atau tidak, lihatlah betapa ramainya rakyat negeri ini yang berhijrah ke luar untuk mencari pekerjaan.

"Kalau Kelantan ini maju seperti negeri lain sudah tentu penghijrahan yang begitu besar ini tidak akan berlaku seperti mana rakyat di negeri maju seperti Melaka, Johor dan Perak umpamanya," katanya ketika merasmikan pejabat baru Amanah Raya Berhad Tanah Merah di sini Selasa.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kebijaksanaan mentadbir negeri terletak kepada pemimpin dan jika pemimpin yang ada gagal untuk memakmurkan negeri dan rakyat hidup dalam serba bermasalah, mereka (rakyat) dinasihatkan agar membuat pilihan bijak pada pilihan raya umum itu nanti.

"Lihatlah betapa rakyat Kelantan kini benar-benar terhimpit dengan pelbagai masalah seperti masalah air yang tidak pernah selesai-selesai dan lebih kecewa apabila pemimpinnya bagi tahu masalah air akan selesai di Kelantan dalam tempoh 17 tahun lagi dan ini sesuatu yang mengecewakan," katanya.

Beliau berkata masalah ketiadaan pelabur yang enggan membuat pelaburan di Kelantan juga perlu diambil kira kerana ia penting dalam memastikan ekonomi negeri itu dapat berkembang pesat seiring dengan negeri-negeri lain dan dapat mengelak masalah penghijrahan.

"Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk (Seri) Mustapa Mohamed membawa masuk pelaburan yang berbilion ringgit kepada negara kita tetapi masih gagal untuk kita memujuk mereka membuat pelaburan di Kelantan.

"Sudah-sudahlah kita duduk dalam keadaan begini dan Kelantan perlukan perubahan yang boleh diberikan oleh Barisan Nasional bagi mengubah semua senario ini," katanya.

Turut hadir Pengerusi Amanah Raya Berhad, Datuk Dusuki Ahmad yang kemudiannya turut menyerahkan zakat kepada kira-kira 100 fakir miskin. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan