Felda Global Catat Pertumbuhan Pada Enam Bulan Pertama 2011

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat sekutu Felda Global Group, Felda Holdings Bhd, mencatatkan penurunan keuntungan pracukai RM314 juta bagi tempoh enam bulan pertama 2011 berbanding dengan RM363 juta yang dicatat pada tahun lepas.

Bagaimana pun, perolehan meningkat daripada RM6.9 bilion kepada RM8.9 bilion semasa tempoh yang sama.

Dalam satu kenyataan, Felda Global berkata sehingga 30 Jun, 2011, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM167.8 juta, iaitu kenaikan 25 peratus berbanding RM134 juta yang dicapai bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan Felda Global Ventures juga meningkat kepada RM1.98 bilion daripada RM1.57 bilion sebelum ini.Presiden Kumpulan Felda Global Datuk Sabri Ahmad berkata beliau berkeyakinan bahawa kumpulan itu akan memenuhi sasaran keuntungannya.

"Operasi huluan sedang mengalami pemulihan berikutan kesan buruk fenomena iklim El Nino yang memberi kesan industri perladangan lewat tahun lepas dan awal tahun ini.

"Ini jelas daripada keuntungan pracukai Felda Holding sehingga 31 Julai tahun ini, yang meningkat kepada RM432 juta, yang lebih baik daripada RM383 juta bagi tempoh tujuh bulan tahun lepas," katanya.

Sabri berkata syarikat itu berada pada kedudukan yang baik untuk mencatatkan satu lagi prestasi yang jitu bagi tahun ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan