Elak Jalan Raya Jadi 'Lautan Pusara Tidak Bertanda': Najib

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pengguna jalan raya yang mahu pulang bercuti sempena Aidilfitri ini agar merancang perjalanan bagi "mengelak jalan raya menjadi lautan pusara tidak bertanda".

Perdana Menteri turut berpesan kepada pemandu bahawa dalam keghairahan menyambut hari raya bersama keluarga dan sahabat handai di kampung halaman, mereka perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal kerana sedikit kelalaian boleh mengundang tragedi.

"Saya secara peribadi amat prihatin serta sedih dengan kes-kes kemalangan yang turut mengorbankn nyawa dan mengakibatkan kesengsaraan kepada mereka yang terlibat.

"Apabila bercakap mengenai keselamatan jalan raya ianya berkaitan dengan kemalangan jalan raya walaupun satu tragedi, saya percaya ia dapat dikurangkan jika pemandu menitikberatkan aspek-aspek keselamatan dan ciri-ciri pemanduan berhemah," katanya ketika menyampaikan mesej khas sempena Aidilfitri menerusi rakaman video di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) di sini Selasa.

Majlis pelancaran program khas itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Allatif Mohd Noor dan 1,000 mahasiswa universiti itu.

Najib, yang berbaju Melayu merah jambu dalam sidang video itu, juga berpesan kepada pemandu supaya sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan menghindari sikap suka berlumba di jalan raya.

"Kawallah perilaku di jalan raya kerana sesaat kelalaian boleh menyebabkan sengsara sepanjang hayat," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata bagi mengurangkan kemalangan di jalan raya menjelang perayaan, tahun lepas kerajaan membelanjakan RM15.6 juta bagi membiayai kerja pembaikan di 37 kawasan panas di sepanjang jalan persekutuan yang mencatatkan 395 kemalangan.

"Alhamdulillah, selepas rawatan dan sehingga Jun lepas, tidak ada sebarang kemalangan dilaporkan berlaku di kesemua lokasi berkenaan," katanya.

Pada akhir sidang video empat minit itu, Najib menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya daripada keluarganya dan jemaah menteri disusuli serangkap pantun berbunyi:

1Malaysia Teguh Berpadu Kekal Bersatu Dalam Harmoni Ingatan Buat Para Pemandu Pemanduan Berhemah Amalan Murni.

- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan