Blogger Disaran Ikut Langkah Kompas

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua blogger disaran mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan 4 Ogos lepas.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata blogger atau sesiapa sahaja yang menimbulkan isu seperti ini sepatutnya berbuat perkara yang sama memandangkan perkara ini boleh menjejaskan reputasi seseorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah negara.

"Mereka yang telah menulis seperti Kompas itu di tanah air kita, sama ada blogger atau mereka yang sengaja menimbulkan isu-isu ini harus berbuat sama seperti Kompas. "Tapi keadaan dunia hari ini berapa orang sangatlah yang hendak tampil dan mohon maaf, sehingga diseret mungkin barangkali baru hendak pohon maaf," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidil Fitri kepada 100 anak yatim, ibu tunggal dan penggiat seni di sini Selasa.

Pada majlis itu juga, Rais dan isteri Datin Seri Maznah Rais turut berbuka puasa bersama warga kerja kementerian serta menunaikan solat tarawih berjemaah di Masjid Muhammadiah, Angkasapuri.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikatakan lambat bertindak dalam isu ini, Rais berkata mengendalikan kes atau aduan berhubung jenayah siber memerlukan penelitian yang rapi sebelum sebarang pendakwaan boleh dibuat.

"Saya sendiri menyatakan bahawa SKMM bukan sesuatu yang seperti balai polis. SKMM perlu menjalani prosedur undang-undang yang sangat rumit untuk dilaksanakan.

"Dalam 284 seksyen (yang ada), bukan senang bagi seseorang menjalankan tugas, bukan lapor dan terus sahaja ambil tindakan. Dalam dunia siber, ianya perlu menjalani pelbagai proses," katanya.

Katanya, sehingga kini, SKMM telah melaksanakan tugas mereka dengan baik serta memuaskan dan tidak kurang dari 14 kes sudah pun dikemukakan untuk tindakan dan sebahagiannya sudah mendapat penghakiman. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan