Australia Selatan Akan Buka Pejabat Perdagangan Di KL

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ADELAIDE: Kerajaan Negeri Australia Selatan (SA) akan membuka pejabat Perdagangan di Kuala Lumpur, demikian kata Menteri Perdagangan dan Industri SA, Tom Koutsantonis.

Beliau berkata, Presiden Majlis Perniagaan Australia Malaysia (AMBC) Sathish Dasan dan para pegawai majlis telah meminta beliau membuka pejabat di KL bagi merebut peluang yang disediakan di Malaysia dan menjual SA sebagai tempat menarik untuk menjalankan perniagaan.

Pada masa ini pejabat perdagangan SA di Singapura turut meliputi Malaysia.

"Saya menyedari keadaan ini tidak memuaskan, oleh itu kami akan membuka pejabat di Kuala Lumpur," kata Koutsantonis pada malam Anugerah Merdeka Cawangan SA AMBC di sini baru-baru ini.

Beliau menambah, persekitaran ekonomi dan perniagaan yang sentiasa berevolusi di Malaysia menyediakan peluang baru untuk dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.

"Seperti Malaysia, Australia Selatan memberi tumpuan terhadap pengukuhan ekonomi dan industri dan ketika melakukan peluasan ini, sudah pasti wujud peluang untuk pelaburan Malaysia dalam sektor-sektor terbabit," ujarnya.

Beliau berkata, berdasarkan kedudukan ekonomi global yang semakin kompetitif, pertumbuhan bergantung kepada usaha sama perniagaan antara satu sama lain bagi mewujudkan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.

"Apabila usaha sama ini dibangunkan, pemahaman terhadap keperluan setiap wilayah juga mesti meningkat, yang akan menjurus kepada peningkatan produktiviti dan usaha sama yang menguntungkan," kata Koutsantonis.

Beliau berkata terdapat lebih daripada A$80 bilion (bilion) nilai projek utama, sama ada dalam pembinaan atau dalam perancangan di Australia Selatan.

Tahap pelaburan perniagaan ini memperlihatkan tahap keyakinan terhadap masa depan ekonomi jangka panjang negeri itu.

Koutsantonis berkata, harga komoditi yang kukuh, aktiviti perlombongan yang meningkat dan jumlah tuaian bijirin yang tinggi, merangsang angka eksport SA ke paras tertinggi dalam sejarah.

"Malaysia memain peranan penting dalam kejayaan ini memandangkan eksport meningkat 157 peratus berbanding A$295 juta pada 2009-2010 kepada A$757 juta dalam tahun kewangan ini," katanya.

Persuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad berjanji memberi sokongan terhadap minat Australia Selatan yang semakin meningkat terhadap Malaysia.

Menurutnya, pejabatnya akan meminta Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia di Sydney dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar melawat Adelaide dan bekerja rapat dengan Kerajaan Australia Selatan.

Salman berkata, berdasarkan rekod, Australia Selatan juga menyokong perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Malaysia.

"Bagi Malaysia dan Australia, kerajaan yang bertanggungjawab, tanggungjawab sosial dan ekonomi yang diurus dengan baik, menjadikan kedua-dua negara terlindung daripada krisis yang menjejaskan teruk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah," kata Salman. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan