Prasarana Akan Terus Urus Isu Sehingga Diserahkan Kepada MRT Co

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) akan terus menguruskan kesemua isu berkaitan projek My Rapid Transit (MRT) sehingga MRT Co ditubuhkan.

Prasarana akan bekerjasama dengan kerajaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) bagi memastikan kesemua kerja terus berjalan lancar dan mengikut jadual, kata Pengarah Urusan Kumpulan Shahril Mokhtar dalam satu kenyataan Isnin.

"Kerja-kerja mengenai projek MRT perlu diteruskan. Adalah rasional bagi kami melaksanakan kerja dan program yang telah diputuskan sebelum kami menyerahkan secara rasmi project itu kepada MRT Co yang baharu," katanya.

Shahril berkata beberapa perkara berkaitan pemerolehan dan taklimat telah dilaksanakan manakala satu taklimat dijadual diadakan dengan para pemilik hartanah di Jalan Bukit Bintang mengenai isu pengambilalihan tanah hari ini.

"Esok, kami akan mengadakan satu taklimat pratender bagi kesemua kontraktor prakelayakan. Kesemua mesyuarat itu dan jadual yang sudah disahkan perlu dilaksanakan tanpa gangguan," katanya.

Prasarana, katanya yang diwujudkan untuk mengtransformasi sistem pengangkutan awam negara, memerlukan sokongan dari pihak yang relevan yang lain bagi mencapai matlamatnya.

"Pengangkutan awam sentiasa mempunyai kaitan rapat dengan kesemua rakan kami dan pihak berpentingan. MRT Co adalah satu rakan kami yang baharu berkaitan MRT, yang akhirnya akan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan dan tanggung jawab kami, apabila siap kelak," katanya.

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan untuk memperbadankan MRT Co di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan bagi mengawasi secara alngsung projek berbilion MRT Lembah Klang itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan