Lapan Tuntutan NGO Berkaitan Pilihan Raya Asas Kajian Jawatankuasa Khas Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lapan tuntutan yang dibangkitkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada akan dijadikan sebagai rangka kerja di bawah Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kesemua perkara berkenaan diambil berdasarkan saranan pelbagai pihak termasuk yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Ditanya sama ada lapan perkara berkenaan sama seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dianggotai lebih 62 NGO, Nazri berkata: "Ia adalah hasil maklum balas banyak pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen.

"Saya percaya ada NGO yang sah di dalam kumpulan itu," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Isnin.

Lapan perkara yang akan dijadikan rangka kerja bagi jawatankuasa khas tersebut ialah bagi memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menghapuskan aktiviti rasuah sewaktu tempoh pilihan raya dan hari mengundi, menghapuskan taktik politik kotor, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.

Selain itu jawatankuasa yang akan dianggotai sembilan Ahli Parlimen itu juga akan mengkaji mengenai sistem undi pos dan pengundian awal termasuk mengenai pemilih sah yang berada di luar negara pada hari pengundian, penggunaan dakwat kekal serta sistem biometrik dan mengenai tempoh kempen pilihan raya.

Keputusan penggunaan lapan perkara berkenaan sebagai rangka kerja Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen itu dibuat selepas Mohamed Nazri mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Azizi Mohd Yusof; Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar; Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dan wakil Pejabat Peguam Negara.

Sementara itu Nazri berkata, SPR akan menyediakan memorandum mengenai penubuhan jawatankuasa khas itu termasuk rangka kerjanya untuk diputuskan oleh Kabinet yang akan bermesyuarat pada 7 September ini.

"SPR ada masa selama dua minggu untuk siapkan memorandum berkenaan dan kita berharap ia dapat diputuskan oleh jemaah menteri pada tarikh itu.

"Kemudian kita harap usul mengenai penubuhannya akan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 3 Oktober depan," katanya.

Selaian itu Mohamed Nazri berkata jawatankuasa khas itu diberi tempoh selama enam bulan selepas ia diluluskan Parlimen untuk mengeluarkan pandangan mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya.

Dalam pada itu katanya lagi, kajian yang akan dilakukan oleh jawatankuasa itu tidak hanya terbatas kepada lapan perkara berkenaan.

"Jawatankuasa itu tidak terhad untuk bincang lapan perkara itu sahaja, ia bergantung kepada keperluan asalkan ia untuk penambahbaikan sistem sedia ada," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan