Kajian UniMAP Dapati Banyak Indikator Perlis Maju Telah Tercapai

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kajian Perlis Maju 2015 yang dijalankan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mendapati banyak indikator ke arah mencapai matlamat itu telah tercapai.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata kajian selama dua tahun itu juga mendapati ada beberapa perkara yang masih perlu dipertingkatkan seperti sektor pembuatan dan pembinaan.

Kajian UniMAP itu bertujuan membantu kerajaan negeri menjayakan wawasan tersebut khususnya daripada segi cetusan idea, katanya kepada pemberita selepas pelancaran kajian oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di sini malam tadi.

Majlis pelancaran laporan kajian itu diadakan serentak dengan perasmian Rumah Tetamu UniMAP yang terletak di kawasan pantai Kurong Tengar.

Rumah tetamu yang terdiri daripada 15 unit calet dua tingkat itu mampu menampung sehingga 60 tetamu pada satu masa.

Mengulas perkara itu, Kamarudin berharap pantai Kurong Tengar akan lebih ceria memandangkan Rumah Tetamu itu kini sedia menerima kehadiran tetamu.

Pantai Kurong Tengar pernah menjadi tempat perkelahan penduduk suatu ketika dahulu kerana keindahannya di samping sebagai lokasi untuk melihat matahari terbenam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan