Kumpulan Minoriti Tetap Miliki Ruang Kemuka Pandangan

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata komposisi keanggotaan dalam Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya tidak sepatutnya dijadikan isu.

Beliau berkata walaupun wakil parti pembangkang terdiri daripada tiga orang berbanding lima orang daripada Barisan Nasional (BN), mereka tetap akan diberikan kebebasan secukupnya untuk bersuara dan mengemukakan pandangan yang boleh mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh suara majoriti.

"Saya ingat dalam demokrasi di mana-mana tempat sekalipun, majoriti dan minoriti masing-masing ada peranan di mana akhirnya majoriti akan membuat keputusan termasuk dengan memperrtimbangkan pandangan minoriti," katanya mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa jawatankuasa itu sukar untuk mencapai matlamatnya berikutan komposisi ahlinya dikuasai parti pemerintah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan di ibu pejabat parti itu di Menara PGRM di sini Sabtu.

Koh berkata komposisi jawatankuasa tersebut dibentuk bukan atas faktor kepentingan pemerintah sebaliknya berdasarkan jumlah kerusi parti politik di Dewan Rakyat, berdasarkan pemilihan yang dibuat rakyat pada pilihan raya umum pada Mac 2008.

Rabu lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh sembilan orang, iaitu lima daripada BN, tiga daripada pembangkang dan satu bebas dengan dipengerusikan oleh seorang Menteri Kabinet.

Koh berkata Gerakan juga sedia untuk menyenaraikan anggota Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng yang juga wakil tunggal parti itu di Parlimen sebagai calon untuk menganggotai jawatankuasa tersebut walaupun sedar peluang itu terlalu kecil.

Menyentuh mengenai kritikan terhadap keupayaannya untuk merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata serangan dan kritikan itu dimulakan oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya sejak 20 tahun dahulu.

Beliau telah pun mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai presiden Gerakan apabila BN gagal untuk memerintah di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 2008, bagaimanapun hasratnya itu ditolak oleh Jawatankuasa Pusat Gerakan.

Koh juga menganggap kritikan terhadapnya yang dibuat menerusi media arus perdana sebagai satu perkara biasa dan mengikut trend kerana pemimpin parti komponen BN lain pun turut dikritik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan