Dakwah Tidak Boleh Sakitkan Hati Orang, Masjid Bukan Tempat Berpolitik

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Dakwah perlu dilakukan dengan penuh hikmah serta tidak boleh menggunakan perkataan yang boleh menimbulkan rasa sakit hati orang ramai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata dakwah adalah untuk mengajak orang ramai melakukan kebaikan dan sekiranya penyampaian ilmu menerusi dakwah itu menyakitkan hati banyak pihak, secara langsung ilmu yang yang disampaikan itu tidak dapat diterima.

"Sepatutnya dakwah lebih daripada itu. Bukan untuk sakitkan hati orang tetapi dakwah untuk mengajak sebab dakwah berkaitan dengan hati. Bila soal hati, sekiranya hati disakiti macam mana ilmu dan ajakan ini hendak sampai," katanya kepada pemberita pada Program Menjelang Raya bersama Anak Yatim di sini Sabtu.

Beliau mengulas insiden seorang bekas pelakon lelaki yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa Sultan lain dan mengkafirkan kerajaan dalam tazkirahnya kepada hampir 300 jemaah Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Jamil Khir berkata kejadian itu sesuatu yang tidak wajar dilakukan, tambahan pula berlaku dalam masjid yang menjadi tempat untuk beribadat dan bukan sebagai tempat untuk berpolitik sehingga menghina orang lain.

"Sepatutnya titah Tuanku Sultan Selangor perlu diambil perhatian yang berulang kali menyebut bahawa masjid mesti dihindarkan daripada semangat politik parti yang melampau.

"Mengeji orang lain dalam ceramah ataupun dalam penyampaian dakwah... ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di bulan Ramadan," katanya.

Mengenai dakwaan cubaan untuk memurtadkan orang Islam yang kini turut berlaku kepada murid-murid tuisyen, Jamil Khir berkata pihaknya menggalakkan kerjasama daripada orang ramai supaya menyalurkan maklumat mengenai aktiviti berkenaan kepada Majlis Agama Islam Negeri.

"Sekarang ini dalam proses tindakan yang akan diambil pihak kementerian berkenaan tetapi kita menggalakkan kerjasama daripada orang ramai yang mendapat maklumat lebih awal terutama pihak ibu bapa, guru sekolah dan kita kena tau anak kita umpama kain putih kalau dicorakkan warna yang tidak betul," katanya.

Katanya Majlis Agama Islam Negeri akan sentiasa memantau perkembangan dakwaan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan