BN Sedia Hadapi PRU Ke-13: Rais

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KLAWANG: Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.

Beliau berkata negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.

"Jadi dengan perubahan ini...kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran dan gesaan supaya jawatankuasa piliharaya ditubuhkan dalam DUN dan kawasan Parlimen masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan miskin di Masjid Simpang Durian dekat sini, Sabtu.

Rais, yang juga anggota Parlimen Jelebu, berkata jentera pilihanraya di kawasannya sudah digerakkan, malah pelbagai program telah direncanakan selepas Aidilfitri nanti, bagi menguji kekuatan parti dan memberi kebajikan kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan