Tuduhan Umno Dalang Pemeriksaan JAIS Ke Atas Gereja Tak Masuk Akal

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan tuduhan pembangkang bahawa pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini didalangi oleh Umno adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Presiden Umno berkata, adalah tidak berasas sekiranya Umno dikaitkan dengan insiden berkenaan kerana JAIS terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang.

"Ini semua tuduhan, macam mana kita nak arahkan orang yang bukan di bawah Umno. JAIS di bawah siapa?

"Takkan Umno boleh arahkan orang bukan Umno buat ini, ini tak masuk akal...susahlah kalau buat tuduhan tak masuk akak, tuduhan melulu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, Jumaat.

Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Umno merupakan dalang terhadap tindakan JAIS melakukan pemeriksaan terhadap DUMC pada 3 Ogos lalu.

Sementara itu Najib berkata, pendirian Umno berhubung isu berkenaan adalah jelas selaraskan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi sementara agama lain bebas diamalkan.

"Ini adalah soal negeri dan bukan kerajaan Pusat, ia perlu diselesaikan di peringkat negeri.

"Bagi Umno sendiri ia selaras dengan Perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan dan tidak ada sesiapa yang boleh menodai kesuciannya.

"Ini termasuk untuk cuba memesongkan akidah rakyat Malaysia yang beragama Islam," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan