Remaja Sakit Kronik Gembira Berbual Dengan PM

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAMAT HARI RAYA PM... Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, bercakap dengan idolanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi telefon bimbit Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika berkunjung ke rumah Atikah di Kamunting, Taiping, Jumaat. - Foto BERNAMA
SELAMAT HARI RAYA PM... Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, bercakap dengan idolanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi telefon bimbit Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika berkunjung ke rumah Atikah di Kamunting, Taiping, Jumaat. - Foto BERNAMA

TAIPING: Tarikh 19 Ogos akan kekal dalam ingatan Nurul Atikah Bazilah Samsudin sebagai kenangan manis kerana berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Remaja berusia 14 tahun itu yang kini berjuang menentang barah tulang kronik telah lama memasang impian untuk bercakap dengan Perdana Menteri, dan pada 9.15 pagi Jumaat impian tersebut menjadi kenyataan.

Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, di sini.

Kata Nurul Atikah, Perdana Menteri memberi nasihat dan kata-kata semangat kepadanya.

"Perdana Menteri juga sempat bertanya khabar keadaan kesihatan saya serta ibu bapa dan yang paling menggembirakan ialah berpeluang mengucap ‘Selamat Hari Raya’ kepada Datuk Seri Najib yang merupakan idola saya," katanya.

Zambry bersama isterinya Datin Seri Saripah Zulkifli meluangkan masa kira-kira sejam dengan Nurul Atikah dan keluarganya.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting itu menghidap kanser tulang sejak dua tahun lepas, namun tiga minggu lalu penyakitnya disahkan di tahap akhir.

Zambry berkata semangat yang ditunjukkan Nurul Atikah begitu tinggi kerana masih mampu bercakap sekalipun dalam kesakitan.

Katanya, Nurul Atikah juga nampak riang sekali apabila dapat berbual dengan Perdana Menteri dan diharap ia memberi semangat serta inspirasi baru kepada gadis itu untuk berjuang melawan penyakit yang dihidapinya.

Bapanya Samsudin Hasbullah, 53, sementara itu berkata sejak disahkan menghidap penyakit tersebut, anak gadisnya itu telah menjalani lebih 18 sesi rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Selama dua tahun ini kita berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk rawatan Atikah dan kini kanser itu telah merebak ke paru-paru anak saya...sebelum ini Atikah dapat bergerak menggunakan kerusi roda tetapi sejak kebelakangan ini dia semakin kronik dan hanya mampu berbaring,"katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan