Pilihan Raya 'Olok-Olok' Umno Kelantan, 16-30 September

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata simulasi pilihan raya di negeri ini akan berlangsung dari 16 hingga 30 September.

Beliau berkata sebagai persediaan, pihaknya kini mengadakan taklimat secara berperingkat kepada semua ketua peti undi dan cawangan parti itu.

"Sehingga kini, saya nampak semangat ahli Umno semakin tinggi dengan kerja yang dilakukan di peringkat akar umbi, dan kita amat berharap simulasi ini dapat sambutan baik dengan semua jentera parti bergerak cergas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian zakat kepada anak yatim di Parlimen Ketereh, Sabtu.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata 'orang muda' merupakan antara calon yang bakal disenaraikan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Beliau berkata muka baru perlu diberi peluang untuk bertanding sebagai nilai tambah bagi membantu parti meraih kejayaan pada PRU akan datang.

"Secara umumnya, orang muda lebih memahami kehendak dan keperluan pengundi muda, justeru harus ada sebilangan golongan muda dalam senarai calon yang akan bertanding," katanya.

Mustapa berkata bakal calon daripada golongan muda perlu memenuhi kriteria pemilihan, termasuk memperlihatkan ciri 'calon menang' yang disenangi rakyat.

Beliau menjangkakan calon PRU kali ini sebahagiannya mungkin terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, pesara, tokoh agama atau ahli akademik.

Katanya, pertikaian berhubung calon yang dipilih pucuk pimpinan serta budaya 'cah keting' perlu dihindari kerana ia tidak menguntungkan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan