Fomca Minta Pengguna Berwaspada Terhadap SMS Berangkai

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna harus mengelak dari mengutus khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai yang tidak mempunyai asas kebenaran kerana ini hanya akan menguntungkan syarikat telekomunikasi (telco), kata Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Shaani Abdullah.

Beliau berkata banyak SMS berangkai terutamanya berkaitan keagamaan disebarkan kebelakangan ini.

Terbaru, Muhammad Shaani berkata tentang dakwaan bulan akan mengelilingi Kaabah di Mekah.

"Pada bulan Ramadan, pesanan seperti ini sudah pasti menarik minat umat Islam yang mahu berkongsi maklumat itu dengan rakan-rakan dan saudara-mara," katanya.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus menjejaki sumber SMS seperti itu dan ambil tindakan terhadap penghantar asal.

Muhammad Shaani berkata ia telah lama mengesyaki syarikat telco mengupah pihak ketiga untuk menyebarkan pesanan seperti itu.

"Fomca tidak mempunyai cara untuk menentukan jika syarikat telco terlibat dalam penyebaran SMS itu," katanya dan menambah suruhanjaya mungkin mempunyai kuasa dan cara untuk menyiasat dan mendakwa dalangnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan