FAMA Diminta Import Barang Keperluan Raya Jika Bekalan Tempatan Tak Cukup

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) supaya mengimport barang-barang keperluan untuk Aidilfitri jika bekalannya didapati tidak mencukupi.

Timbalan Menterinya Datuk Mohd Johari Baharom berkata langkah itu bagi memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi dan harganya tidak naik.

"Seperti kelapa, Fama import sendiri tiga juta biji kelapa tambahan untuk hari raya ini. Kalau tak cukup import lagi. Ia akan dilakukan sepanjang masa bagi memastikan bekalan barang keperluan cukup dan harga tak naik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama anggota dan pegawai 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Markas Taktikal, Kem Gubir dekat sini malam Jumaat.

Johari berkata kementerian telah mengambil langkah-langka untuk memastikan bekalan barangan hari raya mencukupi dan orang ramai boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

"Semalam telah diadakan perbincangan dengan Persatuan Penanam Sayur. Mereka beri jaminan sayur cukup," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga boleh mendapatkan barang keperluan daripada Pasar Tani Ramadan dan Pasar Tani PraAidilfitri iaitu pasar tani khas yang diadakan seminggu sebelum raya yang menyediakan barangan keperluan raya pada harga lebih murah.

"Harga barang di pasar tani khas itu 10-30 peratus lebih murah daripada tempat lain. Bekalan ayam cukup, harga di ladang sekarang ditetapkan RM5.20 sekilogram dan kita cuba usaha turunkan lagi...begitu juga daging, cukup," katanya.

Sementara itu, Johari meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan harga barangan yang murah dari Thailand kerana ia mungkin diseludup dan tidak melalui proses pemeriksaan yang sepatutnya.

"Sebagai contoh lembu-lembu yang masuk ke negara ini perlu dikuarantin... lembu-lembu seludup mungkin ada penyakit...lembu-lembu yang dibawa dari Australia pun ada yang berpenyakit.

"Kita kena ambil berat tentang keselamatan makanan. Lembu seludup tak jamin keselamatan dan boleh menyebabkan penyakit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan