Ambulans Ditempatkan Di Kawasan Sering Berlaku Kemalangan - Liow - Berita Semasa | mStar

Ambulans Ditempatkan Di Kawasan Sering Berlaku Kemalangan - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ambulans akan ditempatkan di kawasan-kawasan sering berlakunya kemalangan jalan raya di sepanjang lebuh raya pada musim perayaan sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Sabtu, ini bagi memastikan mangsa kemalangan jalan raya yang cedera mendapat rawatan perubatan dengan segera.

Menurutnya, apabila kemalangan berlaku, ambulans dan pegawai perubatan mengambil masa yang lama untuk mencapai mangsa dan kelewatan itu kadang-kala menyumbang kepada peningkatan kematian yang tinggi.

Katanya, perkhidmatan ambulans itu adalah percuma dan diselaraskan oleh unit yang berpangkalan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tambahnya, usaha sedang dibuat untuk meningkatkan status unit itu kepada divisyen di bawah Kementerian Kesihatan supaya unit-unit itu boleh ditambah dan dikembangkan di lain-lain negeri dan tidak sekadar diselaras menerusi HKL.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan