Undi Pos Tentera Bersih, Telus & Profesional - Zulkifeli

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Jeneral Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata proses undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan oleh semua peringkat kepimpinan angkatan bersenjata itu.

Justeru, beliau menyangkal berlakunya penyelewengan undi pos seperti yang didakwa empat bekas anggotanya pada Rabu.

Beliau yakin keempat-empat bekas anggota ATM itu telah dipergunakan pihak tertentu untuk membuat kenyataan sedemikian demi kepentingan politik mereka.

Namun, beliau menyifatkan tindakan bekas anggota ATM itu sebagai satu pengkhianatan kepada kerajaan dan ATM.

"Saya kesal dengan pihak tertentu yang sengaja memanipulasikan bekas anggota ATM itu untuk kepentingan peribadi mereka," katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan di sini, Khamis

Zulkifeli mengulas dakwaan empat bekas anggota ATM itu pada sidang media anjuran PAS semalam bahawa mereka kononnya diarahkan pegawai pemerintah untuk menanda ribuan kertas undi pos.

Beliau menegaskan bahawa sistem undi pos tentera adalah berteraskan kepada prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum pertama dan selaras dengan prosedur yang dipraktikkan negara-negara demokrasi.

Dalam pada itu, beliau berkata ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal di mana proses pengundian yang dilaksanakan adalah sama seperti pengundian awam.

"Perbezaannya ia dilakukan di dalam kem dan dilaksanakan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum. Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan oleh wakil parti yang bertanding serta pihak pemerhati bebas," katanya.

Zulkefli juga kesal dengan pihak tertentu yang menyalahertikan rancangan penubuhan Kompeni Askar Wataniah bagi setiap kawasan Parlimen.

"Mereka merupakan anggota simpanan yang akan mengundi mengikut proses pengundian awam. Mereka boleh dimobilisasikan sebagai anggota kerahan dalam keadaan tertentu bila mana khidmat mereka diperlukan untuk mempertahankan negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan