PRU-13 Boleh Diadakan Tanpa Keputusan Jawatankuasa Khas Parlimen - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat kepada laporan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak semestinya menunggu hasil laporan jawatankuasa khas berkenaan siap sepenuhnya untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak ada kaitan dengan Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Tak terikat...tak terikat, boleh bila-bila masa," katanya pada sidangb media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, Jumaat.

Berhubung sama ada kerajaan mempunyai masa yang cukup untuk melakukan reformasi terhadap sistem pilihan umum sebelum penggal Parlimen berakhir pada 2013, Najib berkata ia terpulang kepada bentuk cadangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa khas tersebut.

"Sudah pasti kita akan ambil masa (laksanakan). Kalau ada sesuatu yang kita boleh buat secara segera..kita buat segera," katanya.

Isnin lalu Najib mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa khas yang dianggotai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN), pembangkang dan bebas untuk membincangkan reformasi pilihan raya.

Jawatankuasa khas berkenaan akan dianggotai oleh sembilan ahli Parlimen dengan lima daripadanya mewakili BN, pembangkang (3) dan bebas (1).

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan pembangkang bahawa mereka belum membuat keputusan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas berkenaan, Najib berkata: "Ini adalah tawaran ikhlas pihak kerajaan untuk membincangkan perkara ini.

"Kita harap berlakunya konsensus atas apa penambah baikan yang akan kita lakukan," katanya.

Berhubung permintaan pembangkang agar mereka diberi tanggungjawab mengetuai jawatankuasa khas itu, Najib berkata menerusi amalan sistem Parlimen di Malaysia sesuatu jawatankuasa khas di bawah Parlimen akan diketuai oleh parti yang menguasai majoriti kerusi.

"Parti majoritilah yang akan ketuai, ini sudah menjadi amalan dan prinsip selama ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan