Produk Kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream Dilarang Dijual Kerana Beracun

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Datuk Eisah Abdul Rahman berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racuan berjadual, tretinoin dan hydroquinone.

"Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan-bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Eisah berkata syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu telah diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam temph 72 jam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan