Polis Tak Boleh Larang Penjualan Asid - Tim. KPN

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berhasrat untuk mengemukakan cadangan mengenai larangan penjualan asid walaupun terdapat beberapa kes kebelakangan ini yang membabitkan penggunaan cecair itu sebagai senjata dalam melakukan kegiatan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, ia sukar untuk dilaksanakan kerana asid merupakan cecair yang digunakan oleh orang ramai untuk pelbagai perkara.

"Mustahil untuk kita larang (penjualan) kerana benda tu (asid) digunakan tiap-tiap hari... macam cili api yang pernah digunakan penjenayah untuk menyamun waktu dahulu takkan nak larang penjualan serbuk cili," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Balik Kampung sempena Aidilfitri anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di pusat beli-belah Sunway Pyramid di sini, Jumaat.

Katanya, apa yang boleh dilakukan ialah, polis akan mengenakan tindakan berganda kepada penyimbah asid di bawah ordinan kerana mencederakan orang dan akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun yang sama.

Ketika ditanya mengenai jumlah laporan berhubung simbahan asid, beliau memberitahu di Lembah Klang terdapat lebih 20 laporan namun cecair itu bukan asid dalam ertikata yang sebenarnya tetapi bahan pencuci lantai yang telah dicampur dengan bahan lain.

Ditanya adakah kes simbah asid merupakan trend jenayah masa kini, beliau berkata perkara tersebut tidak benar kerana sejak dahulu sudah wujud kegiatan jenayah menggunakan asid sebagai senjata.

"Dari dulu lagi terdapat kes simbah asid namun tidak diperbesarkan dan tidak digembar gemburkan, jadi kurang publisiti tapi sejak kebelakangan ini publisiti yang meluas terhadap kes-kes simbah asid menyebabkan ianya seolah-olah macam trend baru.

Satu daripada kes simbahan asid yang dilaporkan baru-baru ini melibatkan seorang penghantar surat yang disimbah cairan dipercayai asid di sebuah stesen minyak di Sungai Besi sebelum dirompak RM18,000 pada 26 Julai.

Satu lagi kejadian berlaku di sebuah tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya di Jalan Raja Laut pada 8 Ogos di mana seorang pemuda berusia 27 tahun disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang daripada sekumpulan tiga pemuda.

Sementara itu berhubung satu video di laman sosial YouTube yang memaparkan tindakan seorang anggota trafik yang menerima rasuah dari seorang pemandu warga Singapura dipercayai di lebuh raya di negara ini, beliau memberitahu polis akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit.

"Kita telah dapat kesan anggota durjana itu dan kita akan ambil tindakan yg tegas terhadapnya. Anggota ini bertugas di Pagoh, Johor dan dalam proses untuk ditahan," katanya.

Video dengan durasi tiga minit 10 saat itu dipercayai telah menjadi bahan berita utama di Singapura baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan