Pengguna Jalan Raya Digesa Rancang Perjalanan - Rosmah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri perlu merancang perjalanan bagi mengelak berlakunya kemalangan, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri berkata ini adalah kerana setiap tahun, berita kemalangan maut ketika pulang berhari raya menjadi topik di dada akhbar.

"Justeru saya merayu kepada anda semua, rancanglah perjalanan dan amalkan budaya berhemah di jalan raya agar kita dapat mengelak episod sedih (dan) tangisan di Aidil Fitri," katanya pada majlis program Kasih Ramadan anjuran Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) di sini Jumaat.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Kasih turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa berwaspada dan mengawasi tindak tanduk anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan kegiatan membuat dan bermain mercun.

"Tidak perlulah diberitahu akan bahayanya kerana kita semua sedia maklum akan kesannya yang bukan sahaja mendatangkan kecederaan, malah ada yang kehilangan nyawa akibat mercun," katanya.

Pada majlis itu Rosmah menyampaikan sumbangan Kasih sempena Aidil Fitri kepada 309 golongan asnaf, warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU) bagi kawasan Petaling Jaya Selatan yang disumbangkan oleh Bank Rakyat dan Bernas.

Seramai 150 orang asnaf menerima beras, kotak berisi makanan bernilai RM100 daripada Bernas dan duit zakat RM100 setiap seorang daripada Bank Rakyat.

Sementara 120 orang kanak-kanak OKU dari lapan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sekitar kawasan Parlimen itu pula menerima sumbangan baju raya dan duit raya.

Rosmah turut menyampaikan bantuan sembilan kerusi roda kepada golongan yang memerlukan serta sumbangan peribadi kepada 30 warga emas dari kaum Cina dan India dari sekitar kawasan itu.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua Kasih, Profesor Datin Seri Dr Aishah Salleh dan pemangku Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan