Pendapatan Separuh Pertama AirAsia Cecah RM442.3 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendapatan AirAsia Bhd untuk separuh pertama tahun ini dijangka melonjak 4.6 peratus kepada RM442.3 juta berbanding setahun yang lepas, disokong pleh statistik operasi setakat tahun ini yang menggalakkan.

Syarikat penerbangan itu yang dijangka mengumumkan keputusan suku keduanya minggu depan, menyaksikan kilometer tempat duduk sedia adanya (ASK) untuk separuh pertama 2011 meningkat 7.9 peratus tahun-atas-tahun (yoy) kepada 12.810 bilion.

Untuk pendapatan kilometer penumpang (RPK) pula, ia menambah 23.2 peratus tahun-atas-tahun kepada 10.358 bilion.

"Untuk suku kedua, kami menjangkakan pendapatan mencecah RM270.4 juta, lonjakan 35.9 peratus tahun-atas-tahun," kata MIDF Research dalam laporannya hari ini.

Jumlah penumpang yang dibawa dalam suku kedua menambah 14.9 peratus tahun-atas-tahun kepada 4.5 juta sementara faktor muatan tempat duduk naik empat mata peratusan kepada 81 peratus dengan kenaikan 9.1 peratus tahun-atas-tahun dalam kapasiti tempat duduk kepada 5.5 juta.

"Juga, kami menjangkakan yang AirAsia akan memperlihatkan prestasi baik dalam separuh kedua 2011, dan ini terbukti daripada prestasi menggalakkan yang berterusan seperti yang ditunjukkan oleh statistik operasi bulan Julainya, kata syarikat itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan