MRT Co Ambil Alih Projek MRT Lembah Klang

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet pada Khamis meluluskan syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan, MRT Co sebagai pemilik aset dan projek MY Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT).

MRT Co akan mengambil alih peranan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) berkuat kuasa dari 1 September ini.

Kerajaan dijangka melantik warga Malaysia sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Co selepas ini.

“Kerajaan sangat komited dengan pengagihan projek KVMRT yang tepat pada masanya dengan kos efektif yang bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Dalam mengendalikan projek dengan saiz dan kesukarannya, fokus yang tak berbelah bahagi diperlukan dalam mengurusnya selain menjadi keutamaan. Kita amat memerlukan sistem pengangkutan yang efisien seperti yang kerapkali kita dengan rungutan daripada orang ramai.

“Kabinet merasakan amat perlu kepada unit yang fokus bagi menjayakan pembuatan infrastruktur terbesar negara secara berkesan, efektif dan lancar di samping mengekalkan urus tadbir yang telus sepanjang proses projek berkenaan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sebelum ini Syarikat Prasarana Negara Bhd menyenarai pendek 28 syarikat individu dan usaha sama yang layak untuk membida bagi pelbagai pakej kerja sivil bahagian atas, pembinaan stesen dan depot bagi projek MRT.

Terdapat 18 pakej kerja dengan lapan daripadanya kerja sivil bahagian atas, lapan lagi kerja stesen di bahagian atas dan pakej untuk depot, dengan kerja-kerja ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka dan Bumiputera.

Berdasarkan kepada kerja bahagian atas, dianggarkan bernilai RM12 bilion dan setiap pakej sehingga RM667 juta.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan