Lebih 2 Juta Pendatang Asing Sudah Mendaftar Program 6P, Kata Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi Khamis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.

Menurutnya angka itu di luar jangkaan kerajaan terutamanya ketika tempoh pendaftaran berikutan jumlah yang tinggi dalam masa singkat.

"Ini satu jumlah luar dugaan kita dalam konteks pendaftaran, kerana selepas ini ada lagi proses pemutihan, pengampunan, pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan.

"Oleh itu, dalam masa beberapa hari ini, saya merayu sangat kepada mereka yang belum mendaftar supaya tampil untuk mendaftarkan diri dengan segera," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri di sini, malam Khamis. Beliau juga menafikan mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas mendaftarkan diri dan menyifatkannya sebagai dakwaan bagi menggagalkan program 6P itu.

"Ada yang menuduh bahawa peralatan biometrik itu bermasalah...ia hanyalah tuduhan semata-mata kerana jika ada masalah besar, sudah pasti pendaftaran tidak mencecah 2 juta orang," katanya.

Hishammuddin berkata jumlah PATI terbesar ialah dari Indonesia iaitu seramai 551,268 orang diikuti Bangladesh seramai 241,538 orang manakala pekerja sah juga didahului oleh Indonesia dengan 361,431 orang dan Bangladesh 116,960 orang.

"Ini bermakna kerjasama yang kita wujudkan dengan kerajaan Bangladesh dan Kedutaan Indonesia merupakan satu perancangan awal yang sudah pun berjaya kerana jumlah yang ramai mendaftar dari kedua-dua negara ini.

"Saya mengucapkan terima kasih sangat kepada kedua-dua wakil negara-negara ini dan kerjasama ini akan kita teruskan," katanya.

Hishammuddin berkata proses itu perlu dilakukan kerana kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pendatang asing yang berada di negara ini.

"Sebenarnya, daripada awal lagi kita membuat keputusan berani untuk meneruskan program ini kerana kita tidak tahu berapa ramai pekerja asing di negara kita.

"Jumlah 2 juta ini adalah mereka yang berdaftar secara sukarela dan belum lagi memasuki proses pemutihan dan penguatkuasaan dan jumlah ini tidak mustahil untuk menjadi lebih besar," katanya.

Pada majlis malam itu, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada anak-anak yatim dari sekitar Lembah Kelang.

Beliau turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 bersama-sama anggota UMNO Bahagian Semberong. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan