Krisis UM: Presiden PKAUM Nafi Buat Kenyataan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), Prof Madya Dr Azmi Sharom pada Jumaat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berhubung krisis ilmuwan dan kepakaran yang dihadapi oleh universiti itu sehingga menyebabkan ramai tenaga akademiknya meletakkan jawatan.

Beliau menegaskan kenyataan yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tersebut tidak datang daripadanya sebaliknya ia dikeluarkan oleh beberapa tenaga akademik yang menggunakan namanya tanpa kebenaran.

“Itu bukan kenyataan saya, angka-angka tenaga akademik yang meletak jawatan yang diberikan juga bukan datang daripada saya. Saya tidak tahu-menahu mengenai kenyataan yang dipaparkan dalam akhbar itu.

“Bukan itu sahaja, dalam kenyataan yang dikeluarkan tidak ada tanda tangan di bawahnya. Saya amat kesal dengan tindakan beberapa individu yang juga ahli PKAUM yang telah menggunakan nama saya dalam isu ini,” katanya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Dr Ghauth Jasmon yang menegaskan bahawa universiti tertua negara itu tidak pernah berada dalam situasi krisis ilmuwan dan kepakaran sepertimana yang didakwa oleh PKAUM.

Pada sidang medianya pada Jumaat, Ghauth berkata, angka sebenar staf akademik yang meletak jawatan sejak 2009 hingga kini adalah hanya seramai 73 orang berbanding yang dilaporkan iaitu 146 orang.

Tegas beliau, dakwaan bahawa UM kini sedang berhadapan dengan krisis ilmuwan sama sekali tidak benar apabila jumlah kemasukan staf akademik ke universiti itu adalah empat kali ganda berbanding staf yang keluar atas beberapa sebab.

Dedah beliau lagi, majoriti daripada 76 staf akademik yang meletak jawatan itu terdiri di kalangan tenaga pengajar dari Fakulti Perubatan yang disifatkannya sebagai situasi biasa.

Mengulas lanjut, Azmi berkata beliau akan menghantar surat kepada akhbar terbabit kerana menyiarkan kenyataan tersebut tanpa kebenarannya.

“Apa yang saya kesal adalah akhbar itu, tidak menghubungi saya langsung untuk dapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu. Sewajarnya, mereka telefon saya dulu untuk dapatkan kesahihan mengenai kenyataan itu.

“Apa yang saya tahu pihak akhbar itu telah menerima e-mel daripada ahli PKAUM yang menggunakan nama saya tanpa kebenaran dan mereka menyiarkan kenyataan itu, sedangkan saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu,” katanya.

Beliau yang amat kesal dengan tindakan ahli PKAUM yang menggunakan namanya juga telah memberi penjelasan kepada Naib Canselor berhubung isu tersebut.

“Saya memang kesal dengan tindakan profesor berkenaan. Sebelum ini dua orang daripada mereka telah menghubungi saya.

“Mereka ada tunjukkan kenyataan tersebut, saya dah beritahu mereka, sebagai Presiden PKAUM kita akan lindungi mereka sekiranya mereka ingin buat aduan dan kenyataan media, tetapi saya tidak setuju dengan tindakan yang mereka buat namun mereka teruskan juga.

“Kita ada etika yang perlu dipatuhi, tidak boleh gunakan nama orang lain untuk menjernihkan keadaan,” katanya dalam nada kesal.

Ditanya apakah tindakan lanjut yang akan diambil oleh beliau, Azmi berkata, beliau akan menghantar surat bantahan kepada akhbar berkenaan selewat-lewatnya petang ini.

“Saya berharap agar mereka boleh beri penjelasan kenapa siarkan kenyataan menggunakan nama saya tanpa kebenaran. Saya mahu nama saya dibersihkan, saya tidak pernah keluarkan kenyataan seperti yang didakwa,” tegasnya.

Sebuah akhbar pada Khamis dalam laporan muka depannya mendakwa UM sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikut peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 seperti yang didedahkan oleh PKAUM.

Malah PKAUM yang memetik Azmi sebagai Presidennya dilaporkan sebagai berkata, pada tahun ini sahaja kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ghauth.

Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.

Pihak pengurusan UM juga dikatakan melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

Pelantikan itu dibuat kononnya bagi tujuan penerbitan jurnal bahasa Inggeris demi mengejar rangking kedudukan 100 universiti terbaik dunia.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan