Kempen PETRONAS "Coffee Break" 2011 Dilancar

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) pada Jumaat melancarkan kempen PETRONAS Coffee Break yang bertujuan untuk mendidik serta menggalakkan para pemandu mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya pada musim balik kampung sempena sambutan Aidilfitri ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berkata, kempen buat kali ke-12 itu akan dijalankan dalam dua peringkat.

Katanya, peringkat pertama adalah antara 26 hingga 28 Ogos ini manakala peringkat seterusnya bermula dari 2 hingga 4 September.

"Adalah diharapkan orang ramai yang pulang beraya ataupun bercuti supaya dapat mengingati apa yang dipelajari dalam kempen ini.

"Kempen ini adalah bagi memastikan orang ramai dan keluarga mereka tiba di destinasi masing-masing dengan selamat," katanya semasa pelancaran kempen tersebut di sini, Jumaat.

Kempen PETRONAS Coffee Break menggalakkan para pemandu berhenti di 32 stesen servis PETRONAS yang terlibat untuk berehat dan menyegarkan diri sebelum meneruskan perjalanan mereka ke destinasi masing-masing.

PETRONAS akan menyediakan minuman kopi Old Town serta jus buah-buahan, Tropicana Twister dan snek Julie serta Zess Wafer secara percuma untuk para pemandu.

Amir Hamzah memberitahu, kempen tersebut turut menawarkan pemeriksaan lima poin pada kenderaan pengguna PETRONAS.

Katanya, rakan kongsi syarikat minyak itu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyediakan perkhidmatan percuma di dua buah stesennya di PSS Bentong dan PSS Rawang.

Tambahnya, Petrosains menerusi pasukan PETRONAS Streetsmart akan berkongsi tip keselamatan jalan raya melalui permainan interaktif yang melibatkan pemandu dan ahli-ahli keluarga mereka.

Amir Hamzah berkata, setakat ini, kempen tersebut telah mencapai lebih lapan juta pengguna jalan raya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.mymesra.com.my

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan