KDN Minta PKR Kemuka Bukti Tuduhan Terhadap Program 6P

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin mengemukakan bukti atau membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang terkandung dalam satu laporan akhbar semalam.

Merujuk kepada laporan bertajuk "PKR Dakwa Program 6P Seludup Pendatang", Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata kementerian menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai tuduhan berat kepada kepentingan negara.

"Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan data biometrik setiap pendatang tanpa izin untuk tujuan keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa," katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Mahmmod berkata data biometrik dapat meningkatkan keupayaan dan keberkesanan proses penguatkuasaan dalam menangani isu pendatang tanpa izin di negara ini.

Beliau berkata ini terbukti dengan kejayaan KDN menangani beberapa jenayah rentas sempadan, khususnya pemerdagangan dan penyeludupan manusia sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara.

"KDN tidak akan berkompromi kerana Program 6P bukan agenda politik tetapi inisiatif penting yang menjurus kepada aspek kepentingan rakyat, khususnya keselamatan negara," katanya.

Kenyataan itu menyebut Zuraida dipetik, antara lain, sebagai berkata hasil siasatan PKR mendapati program itu mensyaratkan pendatang tanpa izin supaya membaca "skrip bersumpah" menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.

Beliau turut mendakwa program itu sebagai "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Alwi Ibrahimberkata seramai 2,088,358 pekerja asing sah dan pendatang tanpa izin telah mendaftar untuk Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sehingga hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja asing sah ialah 952,859 orang, manakala pendatang tanpa izin 1,135,499 orang. "Ini adalah satu kejayaan besar kementerian dalam usaha mendaftarkan pekerja asing dan pendatang tanpa izin di negara ini dan proses pemutihan dijadual akan bermula pertengahan September ini.

"Oleh itu saya menyeru mereka yang belum berdaftar tampil untuk mendaftarkan diri dengan kadar segera sebelum tarikh akhir Ahad ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pendaftaran biometrik pendatang tanpa izin oleh syarikat pengurus di Agensi Pekerjaan Mepro Sdn Bhd di sini, Jumaat.

Alwi berkata bayaran untuk pendaftaran program 6P hanya RM35, manakala RM300 hanya akan dikutip semasa proses pemutihan, dan hanya pendatang tanpa izin yang telah berdaftar dengan Program 6P akan dipertimbangkan untuk tujuan pemutihan.

Beliau berkata jika majikan gagal mendaftarkan pekerja asing sah atau pendatang tanpa izin, mereka boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan sama ada didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/63 atau Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan