JPJ Melaka Tumpu Rondaan Di Jalan-Jalan Utama Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Melaka akan menempatkan 142 anggota penguatkuasanya bertugas 24 jam untuk membuat pemantauan dan rondaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah JPJ Melaka Mohd Fadzil Hassan berkata tumpuan utama rondaan ialah di jalan-jalan utama negeri dan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Beliau berkata JPJ Melaka telah menempatkan anggotanya di terminal bas Melaka Sentral untuk pemeriksaan rutin sebelum bas ekspres berlepas ke destinasi.

"Setiap bas sebelum berlepas akan diperiksa buku log pemandu, adanya pemandu kedua dan juga pemeriksaan tayar dan teknikal di samping mengedarkan borang aduan kepada penumpang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat JPJ negeri Melaka di sini, Jumaat.

Kempen dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Ghazale Mohamad.

Mohd Fadzil berkata operasi di bilik kawalan JPJ dibuka 24 jam dan boleh dihubungi menerusi talian 06-2328625. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan