Input Meja Bulat Dikemuka Untuk Pertimbangan Bajet 2012, Kata Najib

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Segala input dan idea yang dikemukakan peserta pada Perbincangan Meja Bulat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam pembentukan Bajet 2012.

Najib dalam entri terbaru blognya www.1malaysia.com.my berkata beliau menghargai semua pihak yang mengambil bahagian dalam perbincangan itu.

"Terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbincangan ini, juga kepada anda yang telah menghantar idea melalui blog saya ini dan saya berharap anda akan terus mengambil bahagian dalam perbincangan ini dan terus menyokong saya mengorak perjalanan transformasi kita ini bersama," katanya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata selepas dua minggu bertukar-tukar pendapat dengan rakyat Malaysia, sesi yang bertajuk "Bajet Untuk Pertumbuhan Berdaya Kekal" telah pun berakhir pada 17 Julai lepas.

Perbincangan ini adalah yang sama seperti dijalankan ketika merangka Bajet 2011 lalu, katanya.

"Saya telah menggunakan kesempatan ini untuk sekali lagi berkomunikasi secara terus dengan rakyat bagi mendapatkan idea dan buah pemikiran anda bagi tujuan pembentangan Bajet 2012 yang akan datang.

"Saya berasa amat gembira kerana banyak idea dan cadangan bernas yang telah dicadangkan yang kesemuanya amat berharga untuk saya dalam merumuskan Bajet 2012 itu nanti," katanya.

Najib berkata beliau mendapati tiga topik utama cadangan yang diterima mengulas mengenai isu berkaitan perkhidmatan awam, pendidikan dan kebajikan awam.

"Antara input yang telah diberikan oleh peserta menyentuh mengenai struktur dan kualiti penggajian sektor perkhidmatan awam, pemupukan kreativiti an inovasi dalam sistem pendidikan dan peningkatan bantuan bagi pembangunan kumpulan berpendapatan rendah," katanya.

Selain itu, Najib berkata terdapat juga idea-idea kukuh mengenai pertanian, penggunaan, keusahawanan, kebajikan dan pengangkutan awam, semuanya input-input yang berharga bagi kerajaan untuk lebih memahami landskap kepentingan rakyat.

Perdana Menteri akan membentangkan Bajet 2012 di Parlimen pada 7 Oktober ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan