Dr Mahathir Bimbang Umat Islam Di Malaysia Berpecah Tiga

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.

Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah.

"Kerana berpecah belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union.

"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union," katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam Khamis.

Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Anggota Parlimen Jerlun.

Dr Mahathir berkata banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran.

"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.

"Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu," katanya.

Dr Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.

"Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi buruk kerana perpecahan kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan