Ahli Umno Kini 3.27 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Umno di seluruh negara kini telah berjumlah 3,270,444 juta dengan negeri Sabah, Johor dan Selangor mendahului jumlah tertinggi ahli di antara negeri-negeri yang lain, demikian menurut presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Sabah 483,013, Johor, 450,004, Selangor 428,525, negeri-negeri ini adalah tiga yang paling tinggi," katanya.

Bercakap kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Najib turut mengumumkan penganjuran forum antarabangsa yang akan diadakan sekali lagi semasa Perhimpunan Agung Umno tahun ini dengan penyertaan lebih banyak peserta dari parti-parti luar negara.

"Majlis Tertinggi mengambil keputusan bahawa peserta yang dijemput dari parti-parti luar hendaklah dipelbagaikan untuk meliputi parti-parti yang berkuasa ataupun parti-parti yang mempunyai kedudukan di negara-negara tertentu.

"Jadi kita akan menjemput antaranya parti-parti politik di United Kingdom, Australia, Maldives, Madagascar, Amerika, Kesatuan Eropah dan juga ahli-ahli jawatankuasa bertindak ICAPP (Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia)dan ahli-ahli jawatankuasa Political Party of America and Caribbean," katanya.

Beliau berkata, penyertaan yang lebih menyeluruh pada kali ini diharapkan agar lebih memberi pemahaman kepada mereka mengenai hala tuju dan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Umno.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan