SPAD Lancar Operasi Bersepadu Bendung Kemalangan Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) buat pertama kalinya melancarkan Operasi Keselamatan Bersepadu bagi membendung kemalangan jalan raya dan keselamatan di kawasan terminal bas sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Kamal berkata, untuk tujuan itu, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, operasi itu dibahagikan kepada tiga fokus pemantauan, dengan penguat kuasa SPAD memberi tumpuan kepada pemeriksaan permit yang digunakan pengusaha kenderaan awam serta mengawal aktiviti ulat tiket.

Katanya, fokus JPJ merangkumi pemeriksaan teknikal kenderaan di sekitar depoh dan terminal bas di seluruh Semenanjung, manakala PDRM menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan negeri.

"Walaupun mempunyai kawasan tumpuan, SPAD tetap meneruskan pemantauan bersama JPJ dan PDRM seperti operasi yang dilakukan di Jalan Kebun Teh, Klang baru -baru ini. Operasi itu dilakukan untuk menahan lori yang membawa lebih had muatan, memeriksa permit dan lesen lori yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, hasil pemantauan itu 14 permit telah disita sementara menunggu kes disoal siasat kerana membawa lebih muatan.

Mengulas lanjut mengenai jumlah sebenar permit yang disita sehingga Selasa, Mohd Nur berkata sebanyak 166 permit melibatkan teksi, bas ekspres, bas berhenti-henti, lori persendirian dan lori sewa disita oleh penguatkuasa SPAD.

"Kami juga akan memantau mana-mana bas ekspres, bas sekolah, bas kilang, bas berhenti-henti dan bas persiaran yang dijadikan bas tambahan menggunakan Lesen Perubahan Sementara (LPS)," katanya.

Jelas Mohd Nur, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menarik permit dan mengenakan kompaun terhadap mana-mana kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan serta pemeriksaan berkala ditetapkan JPJ dan Puspakom.

Sementara itu, SPAD turut menasihatkan orang ramai supaya membeli tiket dari syarikat bas berlesen di kaunter tiket atau laman web syarikat berkenaan dan bukannya melalui ulat tiket.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan