Simbah Cat: Umno P. Pinang Sifatkan Kenyataan Guan Eng Berbaur Perkauman

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada Khamis menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di pejabat DAP.

Ketuanya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kenyataan Lim itu telah memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam.

"Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sebarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama," katanya kepada Bernama di sini.

Semalam, portal berita Malaysiakini.com memetik Lim dalam sidang medianya sebagai berkata, simbahan cat di pejabat DAP mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri ini menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

Ahad lepas, pejabat DAP di Jalan Talipon di sini dan pusat perkhidmatan Setiausaha POlitiknya Ng Wei Aik, di Lorong Seratus Tahun disimbah dengan cat.

Awal pagi Khamis sebuah papan tanda dan pintu utama pejabat DAP Pulau Pinang itu mengalami kerosakan teruk akibat satu kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat.

Zainal berkata, kenyataan Lim itu jelas membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin negeri yang berhemah apabila cuba mencetus isu perkauman.

"Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan