Majoriti Anggota Jawatankuasa Parlimen Dari Parti Pemerintah Adalah Normal - Tim. Speaker

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adalah menjadi amalan biasa bahawa dalam mana-mana jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) yang ditubuhkan oleh kerajaan, majoriti anggotanya adalah daripada parti pemerintah, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, perkara itu konsisten dengan amalan kebanyakan Parlimen, malahan di United Kingdom di mana kebanyakan anggota PSC adalah daripada parti pemerintah apabila isu yang terlibat membabitkan kepentingan awam.

"Ini adalah konsisten dengan amalan Parlimen di mana-mana apabila melibatkan perkara kepentingan awam. Jika anda tanya saya, ini angka yang besar, berdasarkan hakikat pembangkang diberikan tiga dan Bebas satu. Lima daripada BN (Barisan Nasional). Ia adil dan saksama," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan jawatankuasa terpilih bagi menambah baik sistem pilihan raya akan mempunyai sembilan anggota lima daripada BN, tiga daripada pembangkang dan satu Bebas dengan jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh seorang menteri Kabinet.

Wan Junaidi berkata, langkah kerajaan menubuhkan jawatankuasa itu adalah tepat kerana tiada jawatankuasa tetap untuk mengendalikan perkara itu.

"Pada masa ini, kita hanya mempunyai lima jawatankuasa tetap atau jawatankuasa terpilih tetap iaitu Jawatankuasa Terpilih, yang merupakan induk kepada semua jawatankuasa terpilih, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam, Jawatankuasa Perintah Tetap, Jawatankuasa Parlimen dan Jawatankuasa Hak Istimewa.

"Sebab itu kenapa kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih khas. Secara tradisi dan duluan, ia sentiasa diketuai oleh kerajaan. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah apabila panel itu mengadakan perbincangan dan perbahasan, mereka tidak lagi berada di bawah kawalan mana-mana kerajaan atau sesiapa kecuali Parlimen sendiri," katanya.

Jawatankuasa terpilih merupakan jawatankuasa kecil khas undang-undang atau dewan undangan yang termaktub di bawah sistem jawatankuasa dan bersifat penyiasatan, mengumpul data atau keterangan bagi undang-undang atau masalah dan akan dibubarkan sejurus selepas mereka melaporkan hasil penyiasatan mereka.

Ini merupakan amalan biasa dalam badan perundangan kerajaan dan digunakan untuk menyelesaikan masalah khusus.

"Sebagai badan bebas, ia boleh mendapatkan nasihat berdasarkan keputusan jawatankuasa daripada sesiapa pun, termasuk Peguam Negara (AG) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Dalam kes ini, ia boleh mendapatkan nasihat daripada AG atau SPR tetapi keputusan kekal di tangan mereka dan tidak boleh didorong oleh orang lain," katanya.

Wan Junaidi juga berkata jawatankuasa khas terpilih mempunyai hak dan keistimewaan sebagai sebuah jawatankuasa Parlimen dan ia boleh memutuskan untuk mendapatkan input daripada orang ramai.

"Saya berharap jawatankuasa ini bukan sahaja mengadakan perbincangan dan perbahasan di Kuala Lumpur tetapi juga di tempat lain di negara ini seperti di Sabah dan Sarawak supaya mereka boleh mendengar pendapat semua lapisan masyarakat.

"Ini untuk memastikan apa juga hasil penemuan mereka kemudiannya tidak akan dianggap sebagai hasil penemuan berdasarkan mana-mana individu, kumpulan atau mana-mana parti politik. Ia patut melibatkan semua rakyat Malaysia. Mereka patut merumuskan kaedahnya dan juga mengkaji pindaan undang-undang berkaitan pilihan raya. Sistem itu sendiri perlu dirombak," katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan jawatankuasa itu mengkaji sistem pengundian pada pilihan raya sedia ada sama ada ia patut terus mengguna sistem "First Past The Post (FPTP) atau mengguna pakai sistem pengundian lain seperti pembahagian perwakilan berikutan komposisi populasi Malaysia yang pelbagai.

Sistem pengundian First-past-the-post (FPTP atau FPP) merujuk kepada sistem pengundian iaitu calon yang memperoleh undi tertinggi adalah pemenangnya dan dipilih. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan