Krisis UM: Muhyiddin Minta KPT Dapatkan Laporan Sebenar

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diarah mendapatkan laporan terperinci berhubung kemelut yang melanda Universiti Malaya (UM) apabila terdapat laporan yang mengatakan staf akademik universiti berkenaan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini semua pihak diharap tidak membuat sebarang andaian tertentu berhubung dakwaan tersebut selagi laporan mengenainya belum diterima.

"Perkara ini terletak di bawah bidang KPT. saya serahkan kepada menteri berkenaan untuk dapatkan laporan sebenar apakah sebab-sebabnya.

"Kita tak boleh buat andaian peringkat awal. Adakah isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak pensyarah (ada kaitan) dengan Naib Canselor ataupun ada hal lain menyebabkan mereka mengambil langkah sebegitu," katanya kepada para pemberita apabila ditanya mengenai isu tersebut pada sidang media di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang menyatakan bahawa UM sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009.

Pada tahun ini sahaja, didakwa kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan yang sama.

Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.

Pihak pengurusan UM juga dikatakan melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

Pelantikan itu dibuat kononnya bagi tujuan penerbitan jurnal bahasa Inggeris demi mengejar rangking kedudukan 100 universiti terbaik dunia.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan hubungan antara pihak kepimpinan tertinggi sesebuah universiti dengan golongan pensyarah merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan.

Menurut beliau, KPT perlu memantau mengenai perkembangan yang berlaku di UM bagi memastikan perjalanan pentadbiran universiti tidak terjejas dan berjalan dengan baik.

"Mungkin menteri boleh melihat apa patut dilakukan kerana yang penting kita hendak perjalanan dari segi pentadbiran universiti berjalan dengan baik.

"Perhubungan antara kepimpinan tertinggi iaitu Naib Canselor dengan pensyarah mesti dalam keadaan yang akrab...itu prasyarat untuk mencapai kecemerlangan di peringkat universiti," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan