Kes Demam Denggi Menurun 58 Peratus

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12,735 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 13 Ogos lepas, turun 58 peratus atau 17,720 kes berbanding dengan 30,455 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 21 kematian akibat demam denggi dilaporkan iaitu menurun sebanyak 78 peratus berbanding 95 kematian pada tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi tempoh 7 hingga 13 Ogos lepas iaitu pada minggu ke-32 tahun ini, sejumlah 362 kes demam denggi dilaporkan dan tiada kematian direkodkan.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 19 kes atau enam peratus berbanding dengan 343 kes dengan dua kematian pada minggu sebelumnya, katanya.

Katanya terdapat 10 buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu lepas iaitu Selangor yang meningkat sebanyak 12 kes (10 peratus), Kedah 10 kes (200 peratus), Terengganu lapan kes (133 peratus), Melaka dua kes (67 peratus) dan Perak dua kes (lapan peratus).

Selain itu ialah Perlis satu kes (25 peratus), Sabah satu kes (13 peratus), Pahang satu kes (tujuh peratus), Pulau Pinang satu kes (empat peratus) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat sebanyak satu kes (tiga peratus).

Dr Hasan berkata sejumlah 45 lokaliti wabak denggi turut dipantau di seluruh negara iaitu jumlah terendah yang pernah dilaporkan sejak 2008 dan daripada jumlah tersebut, hanya dua lokaliti panas dikenal pasti pada minggu ini dengan melibatkan sebanyak 49 kes demam denggi.

"Kedua-dua lokaliti hot spots berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Pangsapuri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Taman Melati Utama (Platinum Hill) masing-masing di Zon Setapak," katanya.

Pada masa sama beliau turut menyarankan orang ramai yang dijangka pulang ke kampung melebihi seminggu sempena cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri supaya membersihkan kawasan persekitaran rumah di samping memastikan tiada bekas atau tempat berpotensi pembiakan Aedes ditinggalkan di rumah mereka agar jangkitan deman denggi dapat dicegah.

Katanya peranan yang sama perlu dilaksanakan oleh para guru dan pelajar sekolah dengan menjaga kebersihan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah dengan cara tidak membuang sampah sarap merata-rata terutamanya bekas-bekas yang boleh menakungkan air seperti bekas makanan dan minuman. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan