Kerajaan Akan Baiki Sistem Pilihan Raya Di Malaysia - Najib

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Perdana Menteri berkata untuk itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi menambah baik proses pilihan raya di negara ini, dan ini mencerminkan keikhlasan kerajaan yang mahu memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga tidak takut kepada pembaharuan yang akan diadakan nanti kerana ingin memastikan sesiapa yang dipilih untuk memerintah negara ini mestilah berasaskan kehendak rakyat yang sebenar, katanya pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Sri Perantau di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Najib turut berkata jika pilihan raya yang diadakan di negara ini songsang, tentu BN tidak akan menyerahkan Selangor kepada parti pembangkang pada pilihan raya lepas. Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat

supaya tidak memandang ringan terhadap kehidupan aman dan harmoni di negara ini walaupun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, dan juga tidak memperkecilkan apa yang dikecapi.

Malah rakyat Malaysia perlu terus memelihara dan menghargai keharmonian dan ketenteraman yang dikecapi ini, katanya.

Najib berkata beliau dapat merasakan perasaan rakan sejawatnya Perdana Menteri Britain David Cameron yang berhadapan dengan rusuhan baru-baru ini.

Cameron telah berkata masyarakat Britain yang mengamalkan demokrasi berparlimen kini telah dinodai akhlaknya.

Menyentuh mengenai Umno, Najib yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata pihaknya sedia menimbangkan permintaan rakyat setempat, seperti yang disuarakan oleh Umno Bahagian Kapar supaya kerajaan membuka Kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia di kawasan itu.

Beliau juga melahirkan rasa terima kasihnya atas kehadiran ribuan rakyat kawasan itu pada majlis berbuka puasa tersebut, walaupun terdapat surat layang yang disebarkan kononnya beliau tidak akan hadir di majlis ini.

Najib berkata tindakannnya turun padang adalah merupakan kewajipan beliau sebagai pemimpin, dan ini juga merupakan cara yang terbaik untuknya mendekati rakyat dan meninjau masalah mereka.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan