KDN Siap Sedia Jawab Isu Yang Mungkin Dibangkitkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam usaha merangka persiapan untuk menjawab segala isu yang mungkin akan dibangkitkan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen kelak berhubung usaha menambah baik sistem pilihan raya.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata KDN telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam dan antara isu yang dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai daftar pemilih.

Beliau berkata turut dibincangkan pada pertemuan antara Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof itu ialah mengenai pembersihan pada senarai daftar pemilih sekiranya perlu.

"Saya percaya antara perkara utama yang akan dibangkitkan oleh jawatankuasa itu nanti sudah tentu mengenai daftar pemilih, jadi pertemuan itu sebagai satu langkah awal dan proaktif KDN.

"Penting untuk menyelaraskan dari segi senarai nama mereka yang telah dapat kewarganegaraan, yang meninggal dunia dan senarai yang boleh mengundi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet di sini, Rabu. Hishammuddin berkata pertemuan dengan SPR itu penting memandangkan setiap kali isu pilihan raya timbul, macam-macam tuduhan tidak berasas yang menyentuh tanggungjawab KDN dilemparkan.

Sementara itu, mengenai kajian semula penapisan media, beliau berkata pegawai di bahagian-bahagian tertentu di kementerian sudahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua pengarang akhbar.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah untuk mewujudkan majlis kawal selia antara media terutamanya di kalangan media arus perdana bagi memastikan bahan berita yang diterbitkan tidak memudaratkan masyarakat, katanya.

"Dalam masyarakat berbilang kaum seperti negara kita, proses penapisan perlu dilakukan supaya kebebasan itu tidak mutlak kerana ini (kebebasan mutlak) hanya akan mewujudkan keadaan huru-hara dan menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan