Dedahkan Hasil Siasatan Kematian Muhammad Naquiddin - Pemuda Umno

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Tenaga Nasional Berhad digesa mendedahkan segera hasil siasatan kematian Muhammad Naquiddin Mohd Marzuki akibat terkena renjatan elektrik sewaktu bermain di padang permainan di Taman Batu Tiga, Shah Alam pada 19 Mac lepas.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh berkata tindakan mahkamah akan diambil jika biro itu masih tidak menerima jawapan yang positif berkenaan siasatan tersebut.

"Kekesalan kita, sebulan sebelum adik Naquiddin terkena kemalangan tersebut, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa (aduan kerosakan elektrik) kerana ada anak-anak lain yang telah terkena renjatan tetapi tidak meragut nyawa. Apa yang saya kesalkan adalah tiada respons dan maklum balas pihak majlis dalam konteks ini," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata kejadian itu berlaku semasa Naquiddin, 11, dikatakan sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakanya di padang berhampiran apabila dia terjatuh ke dalam sebuah lopak dan disahkan terkena renjatan elektrik oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Saya juga ingin menekankan bahawa jika hasil siasatan didapati berlakunya kesalahan oleh mana-mana pihak, ia perlu didedah dan tindakan wajar dan setimpal dengan kesalahan perlu diambil hatta ke peringkat dakwaan di mahkamah sekalipun," katanya.

Beliau dalam masa yang sama berterima kasih kepada media kerana telah menyiarkan kes itu dan melakukan pelbagai tindakan susulan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan