Bekas Pengarah Muzium Sabah Dilantik Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Muzium Sabah Datuk Joseph Pounis Yuntavid dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri(Pembangunan) berkuat kuasa pada Rabu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu kenyataan di sini pada Khamis, berkata pelantikan Yuntavid menggantikan Datuk Gregory Joitol yang bersara wajib.

Satu majlis ringkas diadakan hari ini sempena penyerahan tugas jawatan itu yang disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman.

Yuntavid, 53, yang memiliki Ijazah Sarjana Pengajian Muzium dari Universiti Leicester, England dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia menyertai perkhidmatan awam pada 1985. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan