Agihan Wang Zakat Perlu Lebih Proaktif - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengagihan wang tabung zakat perlu diuruskan dengan lebih proaktif bagi memastikan mereka yang layak dapat menerima sumbangan itu dan tidak memohon kepada pihak lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu juga dapat memastikan dana tersebut digunakan sepenuhnya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Sambil memberi contoh wang zakat terkumpul bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjumlah RM275 juta setahun, beliau berkata dana institusi kewangan Islam itu mampu membantu menangani masalah kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar jika diuruskan dengan baik.

"Wang itu boleh dimanfaatkan kepada orang Islam tetapi pengurusan kena proaktif...turun ke bawah, kenal pasti (golongan yang memerlukan). "Kalau nak tunggu orang datang, mungkin ada sesetengahnya malu atau segan, lepas tu dia pergi tempat lain atau minta sedekah sedangkan kita ada tabung yang boleh digunakan," katanya selepas melancarkan Nur Ramadan dan Sumbangan Enam Asnaf anjuran Parlimen Setiawangsa di Masjid Mu'adz Bin Jabal di sini malam Rabu.

Turut hadir Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Al Habshee.

Muhyiddin berkata agihan wang zakat bukan sekadar bantuan wang tunai tetapi juga boleh dilakukan dengan membangunkan kemudahan perniagaan untuk pihak berkenaan. Beliau berkata pihak yang menguruskan agihan dana daripada institusi Islam juga perlu bertindak lebih efektif bagi menepis gambaran mereka yang tidak memperoleh agihan itu tersisih, akhirnya mendorong mereka mendapatkan bantuan daripada institusi lain seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.

Menurutnya isu sukar mendapatkan bantuan zakat sepatutnya tidak timbul lagi namun ia mungkin berlaku kerana pihak pengurusan dan organisasi berkenaan ingin memastikan bahawa penerima tidak terkeluar daripada asnaf.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyarankan agar semua pihak komited melakukan sesuatu secara tersusun termasuk menyediakan tenaga kerja mahir dalam melihat masalah kemiskinan masyarakat.

Menerusi kepakaran dan gerak kerja tersusun, katanya organisasi bertanggungjawab boleh mengenal pasti dan menyimpan rekod mereka yang benar-benar tergolong dalam kumpulan berkenaan yang layak menerima bantuan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata Malaysia mempunyai rekod mengenai penduduknya yang miskin berbanding banyak negara lain.

Beliau meminta Umno Wilayah Persekutuan mengetuai usaha kerajaan dalam mengenal pasti golongan yang ditakrifkan miskin khususnya miskin bandar.

Katanya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional (BN) tidak mahu melihat keadaan itu terus berlaku kerana soal kemiskinan bandar tidak harus dipandang ringan.

"Saya selaku Timbalan Perdana Menteri tidak mahu melihat Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang hebat tetapi masih ada masyarakat yang susah dan hidup merempat," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampai sumbangan JAWI dan Lembaga Padi Beras Nasional Berhad kepada 715 anak yatim, ibu tunggal, warga emas, orang kelainan upaya, fakir miskin dan pesakit kronik. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan