Tuduhan Berniat Jahat, Umno Selangor Tuntut PAS Minta Maaf

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Umno Selangor menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menuduh Umno mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas sebagai berniat jahat.

Justeru, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed menuntut Mustafa memohon maaf secara terbuka dan Umno bersedia mengambil tindakan undang-undang jika beliau gagal berbuat demikian.

Mohd Zin berkata pemeriksaan yang dilakukan di DUMC merupakan perkara yang melibatkan penguatkuasaan agama dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata Jais harus bebas dari ancaman, ugutan dan tohmahan serta campur tangan politik kerana isu membabitkan agama wajar diurus secara profesional dan berkesan.

"PAS harus segera berhenti menyalahkan pihak lain dalam setiap isu yang berlaku dalam pentadbiran di Selangor," katanya.

Pada Selasa Harakah melaporkan Mustafa menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu Jais dan gereja.

Beliau mendakwa medapat maklumat 'dalaman' Jais, berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu.

Mustafa dilaporkan bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak pernah menjadikan agama sebagai kuda tunggangan, sebaliknya menjadikan politik untuk memperkukuhkan agama.

"Janganlah kerana kelemahan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang, maka Umno yang dituduh," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Sumbangan Raya kepada penghuni Desa Tun Hussein Onn dan Kem Kementah di Perumahan ATM Kem Desa Pasifik malam Selasa.

Beliau berkata Mustafa perlu bertindak profesional.

"Menuduh JAIS menjalankan siasatan dan di belakangnya Umno, adalah tidak adil kerana JAIS di bawah Datuk Hassan Ali," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan