PM Pilih Pakaian Rasmi Hari Kemerdekaan Ke-54

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak pada Rabu memilih sepasang pakaian rasmi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 yang ditunda ke 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia, tahun ini.

Pakaian yang dipilih itu, masing-masing satu bagi pakaian lelaki dan wanita, adalah dari tiga rekaan pakaian lelaki dan wanita oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini.

Antara yang turut menyaksikan rekaan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, beberapa anggota jemaah menteri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata Perdana Menteri tertarik dengan ketiga-tiga corak rekaan berkenaan yang menggabungkan warna asas negara iaitu merah, putih dan biru, cuma ia perlu disesuaikan dengan suasana sambutan hari bersejarah itu.

Beliau berharap pakaian yang akan dipakai oleh jemaah menteri itu akan menarik minat orang ramai untuk membelinya selepas 16 Sept kelak.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan