Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Kini Boleh Dibuat Melalui Talian

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kakitangan awam mulai sekarang boleh memohon pinjaman perumahan secara talian melalui portal yang baru dibentuk oleh Bahagian Pinjaman Kementerian Kewangan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari berkata, portal yang baru dibentuk itu sangat mesra pelanggan dan merupakan satu penambahbaikan kepada sistem serahan dan perkhidmatan untuk semua kakitangan awam yang mahu membuat permohonan pinjaman perumahan.

"Untuk mereka yang pertama kali membuat permohonan, mereka akan menerima kelulusan bersyarat dengan segera dan apa yang perlu mereka lakukan selepas itu ialah membuat bayaran pemerosesan dengan menggunakan nombor rujukan yang diberi melalui permohonan dalam talian itu," katanya selepas melancarkan portal tersebut, di Perbendaharaan, di sini, Rabu.

Menurut beliau, pihak kementerian telah menjalin kerjasama dengan Maybank2u dan CIMBClicks untuk urusan pembayaran pinjaman.

Nozirah juga menjelaskan, para pemohon hanya perlu mencetak salinan permohonan mereka itu serta menyediakan dokumen-dokumen sokongan dan menyerahkannya kepada Bahagian Pinjaman dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dalam talian dibuat.

Portal itu katanya turut menyediakan perkhidmatan menyemak status permohonan, status pembaof the application status, repayment status, progress payments, delivery of titles, balance of the loan as well as annual statements.

Nozirah menambah, dengan pelaksanaan portal baru ini, pihak kementerian berharap proses permohonan akan menjadi lebih cepat dan efisyen.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan